Page 13 - 8.Sayı
P. 13

11
          D EF EN S EH ER E  D S A E D I S I 2 0 2 4




                                                                          Visit GÜRBÜZ in  Lawati GÜRBÜZ
                                                                           Hall 5 - 5100B  di Hall 5 - 5100B





          Gurbuz Trade ialah sebuah syarikat yang
          mantap yang ditubuhkan pada tahun 2019.
          Ia memainkan peranan utama dalam pem-
          bekalan alat ganti dan perkhidmatan khas
          kepada institusi terkemuka di Turkiye yang
          beroperasi dalam  bidang penerbangan,
          tenaga, industri dan perdagangan per-
          tahanan. Syarikat kami telah menjalinkan
          hubungan perniagaan yang kukuh dengan
          tentera darat, udara dan laut, gendarmerie,
          ketua pengawal pantai, ketua pengarah ke-
          selamatan dan Persatuan Penerbangan Tur-
          kiye. Gurbuz Trade telah menandatangani
          perjanjian eksklusif dengan pusat MRO ber-
          daftar untuk penyelenggaraan, pembaikan
          dan pembekalan alat ganti selepas waranti
          di negara pembuat bagi pesawat Mushshak
          di Turkiye dan Azerbaijan.
                                                            Gurbuz Trade telah mengambil keputusan untuk
                                                            menyumbang kepada Inisiatif Teknologi Kebangsaan
                                                            Turkiye, tidak hanya berpuas dengan teknologi sedia
                                                            ada. Sehingga kini, Gurbuz Trade sentiasa mengiku-
                                                            ti perkembangan teknologi terkini dalam sektor ini
                                                            dengan mengendalikan infrastruktur untuk pengel-
                                                            uaran dan aktiviti R&D dengan penuh kesungguhan.

                                                            Syarikat ini bergerak aktif di persada antarabangsa.
                                                            Kami mengukir nama di arena antarabangsa dengan
                                                            berlansungnya operasi perniagaan di Emiriyah Arab
                                                            Bersatu dan Mesir, dua buah negara yang mempunyai
                                                            kepentingan strategi.
                                                            Gurbuz Trade bukanlah sekadar syarikat pembekal,
                                                            tetapi  ia menerajui  sektor  yang  diterokai dengan
                                                            penyelesaian yang ditawarkan kepada pelanggan-pe-
                                                            langgannya. Kami pasti akan melakar kejayaan yang
                                                            mampan pada masa hadapan dengan rekod kejayaan
                                                            kami yang terus meningkat, etika perniagaan yang
                                                            kukuh dan visi maju ke hadapan.

                                                            Gurbuz Trade telah mengambil langkah penting da-
                                                            lam arena antarabangsa. Tahun ini kami akan men-
                                                            gambil bahagian dalam pameran industri pertahanan
                                                            yang terkemuka di Arab Saudi, Malaysia dan Pakistan.
                                                            Kami akan menyokong sepenuhnya Inisiatif Teknolo-
                                                            gi Kebangsaan Turkiye dalam pemeran ini, yang mana
                                                            kami akan menyertainya bersama Persatuan Pengim-
                                                            pot Industri Pertahanan dan Aeroangkasa.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18